Friday, December 31, 2010

Farewell 2010 Welcome 2011


Haha.. Sudah lama gila aku tak update blog.. Macam-macam telah terjadi.Kepada our national football team. Congratulation! kepada diorang yang telah menaikkan balik nama negara yang telah sekian lama menanti. Korang main memang mantap! :) Aku memang bangga dengan korang. Dulu aku mana tau nama pemain-pemain Malaysia tapi sekarang.. haa cakap je siapa.. hahaha!

Hmm.. 2010.. 2010 telah banyak mengajar aku menjadi diri yang lebih berkeyakinan. Bukan itu saja malah banyak lagi. Sedihnya .. masa berlalu dengan begitu pantas.


Tahun depan .. 2011.. umur meningkat 1 lagi. Tapi sekarang bukan belasan lagi.. Dah nak naik 20 an dah.


Farewell 2010..... Welcome 2011! I hope its going to be a blast :) . Ya Allah, terima kasih kerana Engkau panjangkan umurku lagi . :)

Monday, December 6, 2010

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) datang Universiti


When one door closes another door opens, but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.”
- Alexander Graham Bell -

Korang tau kan pasal JPA Scholarship? Tadi petang JPA datang Uni nak jumpa dengan student aeronautic untuk bincang pasal scholarship. Kesemua student yang dapat ; 10 orang. Kira aku ni salah sorang.. Aku excited jugak la dengar diorang nak datang.. entah-entah diorang nak tambah biasiswa ke.. hehehe... tapi sebaliknya.. :(

Sebenarnya diorang datang sini nak minta maaf sebab diorang tak dapat nak taja course kitorang sebab course kitorang ni mahal. Ye lah, mana tak mahalnya, license kapal terbang Frozen ATPL (Airliner Transport Pilot Lisence) dah ada dalam +- RM240k. Belum masuk duit yuran Universiti lagi. Lepas tu, kalau kitorang ambik JPA, kena buat contract kerja 7 tahun dengan diorang. Kerajaan.... mana la ada sangat bidang kerja dalam penerbangan. Paling-paling pun kerja Engineer yang gajinya pun dalam RM2300. So macam mana nak bayar balik kat JPA kan (sebab JPA buat loan Bank). Memang masa kitorang dengar benda tu.. memang down jugak la. Ada yang siap planning nak pindah course lain.

Biasalah. 1st batch. Course ni baru lagi, dan satu-satunya yang ada di IPTA Malaysia. Memang la susah sikit nak dapat scholarship. Aku rasa sedih and pissed off jugak bila ada orang nak tukar course ni disebabkan benda-benda ni. Scholarship tu kita boleh usahakan.. Cuma nak tak nak je. Jangan la cepat putus asa sangat... Allah takkan kasi ujian yang hambanya tidak dapat hadapi! . Aku harap kalau korang(student aero) baca post ni, jangan lah pindah. Yang penting kau Focus Untuk Capai Kejayaan. Get great result. Insyallah scholarship yang akan datang dekat kau!



Wednesday, December 1, 2010

End of Semester 1


Macam aku lepas exam. Bro I know how you feel. hahaha!


Alhamdullilah. Abis jugak exam aku . :)
Akhirnya dapat la aku tidur puas-puas. Selama ni tidur kejap2 je. Biasa la .. Last minute study. Hehehe...


Anyway, do you know about the video dance 2PM ; Again&Again Malaysian.Ver.?
2PM? Apa itu? 2 petang la! Haha!
Wow. Trust me, sooner or later u will know it. Its getting hotter in facebook like the "colomot" pavi video :)

Haha.. Best ke? Wah best nye.. macam "kat NewYork" tak pun macam "High School Musical".. WTF. Bunch of girls dancing at public without any shame at all. Kalau macam dance biasa-biasa okay la. Boleh lagi la aku terima. Ini ada pulak aksi-aksi bontot la apa la. Aku malas nak tunjuk video ni. Buat bertambah dosa je. Orang ramai semua tengok je.And sadly, most of them was Malay Muslim. Sama ada yang bertudung dan tidak bertudung. 2 x 5 sepuluh. Macam mana nak jadi contoh kepada yang agama yang lain?

Aku bukannya anti, cuma kalau nak menari tu menari la.. but on the right place and on the right attitude. Aku pun ada kawan(from sosial networking) macam tu jugak, dulu dia suka dance tapi takde la sampai macam ni kot. Haha! Remember who you are. Jangan lah terlampau taksub akan sesuatu. It turns bad. :)

Friday, November 26, 2010

Math TEST 2


Phew. Final exam math.. baru saje berakhir khamis lepas. Alhamdullilah aku boleh la buat. Lepas exam lega hati dapat buat. hehehe.. Tapi lepas je exam... cikgu kasi result for TEST2 . Ya Allah.. Memang sikit la aku dapat.

Benda ni memang aku dah jangka sebab hari tu aku tersilap buat . Sebenarnya kesalahan aku mmg simple mistake. Memang mistake yang tidak boleh diterima. Memang frust gila.. TEST2 tu sumbangkan 20% untuk Math.. 20% tu!! Aku cuma dpt 8% dari 20% tu.. teruk tak teruk. Sikit punya salah jadi major problem. Aku cuba la pergi jumpa lecture, kalau-kalau boleh re-test.. tapi dia takde. Aku call pun dia tak jawab. Aku message pun tak balas. Nak buat macam mana .. dah nasib.. Orang kata lecture tu tak layan kalau orang nak re-test.. :/

Aku sekarang ni tak tau la boleh dpt A lagi ke tak. Frust memang frust.... Tapi takpe la.. aku redha je. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. hahaha!

I still got some more exam. Gonna end on 1/12. Wish me luck guys .

Saturday, November 20, 2010

Grace Jeanette ? Who the heck is that ?

Haha! grace jeanette ? siapa tu?
mungkin sesetenggah daripada korang semua kenal grace jeanette ni.. ah! tapi apa aku peduli.. aku nak cerita jugak :D

You guys ever heard MCR latest song ? titled SING.. Had you seen the MV(MusicVideo)? I'll show you..



Dah tengok.. Korang perasan ada sorang budak perempuan kena tangkap? (mula-mula aku ingat budak tu lelaki.. hahaha!)
Haaaa! Thats Grace Jeanette! a.k.a MCR's girl. Aku berani jamin one day dia akan jadi famous.. mungkin lagi famous dari justin bieber(eeeew).

Haha! Grace Jeanette? Shes currently now 10 years old. Yet she is REALLY good in singing. Im not lying . Dont believe me? Tengok ni :)

LOVE SONG


And this one is with her family. Cool



She's also good in acting. There's one video of her acting. Why dont you guys check it out ? :) http://www.youtube.com/user/gracejeanette

Hope you'll enjoyed. Sekian :)

Wednesday, November 17, 2010

What's up ?

Hehe. Hello guys. Aku ni baru start blogging. Saje bosan-bosan.. Nothing else to do i suppose.
Insyallah i will try to keep this blog alive :)