Thursday, July 7, 2016

Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum
Hari ini hari raya ke 3.. Bersamaan 3 Syawal 1437 Hijrah atau 8 July 2016 Masihi.
Aku masih beraya di Kelantan.. Mungkin petang atau esok pagi akan bertolak ke Batu Pahat kampung ibuku.. Ataupun mungkin bertolak pulang ke rumah dahulu..
Ketika ini aku sedang duduk di atas sofa sambil melihat tok "mek" ku baring di katilnya yang berhadapan dengan ku. Aku tiba-tiba terlintas untuk mengisi ruangan blog ini.

Ketika ini aku sedang membaca buku Sebelum Aku Bernikah: Berusaha Mencapai Mampu. Aku baru sahaja membeli buku itu pada bulan ramadhan yang baru sahaja lepas.. Niatkan sudah lama untuk membelinya.. 3 tahun.. Tetapi baru sekarang aku sempat untuk membelinya dengan menggunakan baucer buku 1Malaysia. Setakat ini di muka surat 49.. Pembinaan diri diutamakan..

Penulis buku ini dikenali dengan nama Hilal Asyraf.. 2 tahun lebih tua dari ku.. Sebelum ini.. sudah 3 tahun.. Aku mengikuti facebooknya.. Subhanallah.. Aku sangat menyukai apa yang dipostnya di fb..
Berilmiah, menggalakkan umat Islam terutamanya anak muda islam untuk membuka minda yang terkongkong dengan adat nenek moyang dan persepsi masyarakat kita, yang sedikit tersasar dari matlamat seorang muslim.

Hampir kesemuanya.. Cara pemikirannya serupa dan serasi dengan ku..

Aku tertarik definisi cintanya yang selama ini.. Aku juga mentafsirkan begitu..
"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya."

Buku ini bukan mencerita sekadar bernikah yang dibayangkan lelaki dan perempuan duduk atas pelamin, namun buku ini mencerita betapa beratnya tanggungjawab kita untuk mempersiapkan diri kita untuk bernikah, supaya kita dapat membina umat yang teguh, seperti pokok tamar yang susah gugur daunnya. Ianya bukan sahaja sesuai untuk orang yang ingin bernikah, bahkan yang belum ingin  bernikah mahupun yang sudah lama bernikah.. Sesuai untuk anak-anak, ibubapa, orang tua, dan masyarakat kita. Saya syorkan setiap orang kena baca walaupun sekali.

....

Aku masih lagi berusaha.. Sering kali aku jatuh. Ada saat aku malu dan ingin berputus asa.. Namun aku tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah.

"Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat." Surah AlHijr 15, ayat 56. 

Semoga Allah memaafkan diriku ini dan memberikan aku kekuatan untuk menempuh rintangan hidup yang mendatang.. Begitu tuan-tuan dan puan-puan. Amin..

Ramadhan baru 3 hari berlalu, jangan disiakan amalan tanpa istiqamah..

Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sekian.. 
3 Syawal 1437 
8 July 2016

No comments:

Post a Comment